Mutawif Syarikat





PROFIL USTAZ TUGIMAN RAZAQ (MUTAWWIF)


Nama yang diberikan ialah Hj. Tugiman Razaq bin Mad Syafie. Beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan di Yogyakarta, Indonesia. Pendidikan tertinggi ialah Ijazah Syariah dan Tarbiah dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia pada tahun 1976. Beliau juga pernah belajar pengajian di Pondok Pesantren di sekitar Jawa Tengah. Pekerjaan dan pengalaman yang pernah diceburi beliau ialah memberi ceramah dan kuliah agama di surau dan masjid di daerah Kuala Langat, Selangor bermula tahun 1980 sehingga kini. Berbekalkan pengalam selama 5 tahun memberi ceramah agama, beliau dilantik sebagai guru takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula tahun 1985 hingga kini. Beliau juga pernah menjalankan tugas sebagai seorang Guru KAFA di sekolah sekitar daerah Kuala Langat dari tahun 1990 hingga 2010. Kini, beliau menjadi guru pembimbing umrah merangkap Mutawwif sejak tahun 2016.


PROFIL USTAZ HJ AHMAD ZAWAVE (MUTAWWIF)

Nama yang diberikan ialah Hj. Ahmad Zawave bin Hj. Mohd Hasan. Beliau Dilahirkan di Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor pada 25 Jun 1964, sudah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah di Sekolah Kebangsaan Olak Lempit, Banting, Selangor. Beliau seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor. Beliau telah mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian.  Kini beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Sungai Manggis, Banting, Selangor. Beliau juga seorang penceramah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Antara Pengalaman beliau semasa menceburi bidang haji dan umrah ialah, beliau menjadi sebagai penceramah dan kuliah agama di surau dan masjid di sekitar Banting, Selangor. Beliau juga pernah memberi ceramah kursus Umrah/haji (PEKTA) anjuran Tabung Haji serta sebagai guru pembimbing dan mutawwif umrah dan haji Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Carta Organisasi Syarikat

Profile Syarikat

Pencapaian Syarikat