Pengenalan Syarikat
Selamat datang ke SAMA Travel & Tours Sdn Bhd
SAMA Travel adalah sebuah syarikat pengendali umrah dan juga pakej pelancongan muslim yang membawa keluarga anda menunaikan umrah dan melancong ke serata dunia dengan mementingkan waktu solat dan makanan halal disetiap pengembaraan.
Syarikat SAMA Travel ini beribu pejabat di Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Banting, Selangor.
Syarikat ini berdaftar dengan SSM pada 08 November 2017 dan mendapat Lesen Pelancongan pada 08 Ogos 2018.
Sejak pada tahun 2o16 sehingga kini syarikat kami telah menghantar seramai 1,500 orang jemaah umrah & haji.
Jom sertai dengan kami dengan mendaftar sebagai Agen Pemasaran atau Separuh Masa Mutawwif bagi menjana pendapatan sampingan dan menerokai dunia dengan PERCUMA tertakluk terma & syarat.
SAMA Travel & Tours Sdn. Bhd.
1208143-D KPKLN: 8564
IBU PEJABAT (SELANGOR):
No. 120A, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
TEL : 03-3180 1245 (Hotline) / 019-3371446 (Hj Jasni)
CAWANGAN (PERAK):
No. 4, Jalan Mahkamah
34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
TEL : +60 13-962 0151 (Habibah Amir)
SAMA Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengendali Umrah dan Haji. Syarikat ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan pelancongan seperti Umrah, Haji, Upah Badal Haji dan percutian luar negara. SAMA Travel & Tours telah ditubuhkan pada 8 November 2016 dengan nombor pendaftaran syarikat ialah 1208143-D. SAMA Travel & Tours juga merupakan sebuah agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Ministry of Tourism and Culture (MOTAC) dengan nombor lesen Kementerian Pelancongan ialah KPKLN: 8564. Sejak pada tahun 2016 sehingga kini syarikat kami telah menghantar seramai 1,500 orang jemaah umrah. Pejabat kami beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang) dan Sabtu (8.30 pagi – 1.30 petang). Kami juga boleh didapati di No. 120A, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
PROFILE EN. JASNI (PENGARAH URUSAN)
Jasni bin Amir, beliau adalah anak kelahiran Kampung Parit Gabis Bawah, Bagan Serai, Perak. Pendidikan tertinggi adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi Mara. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2002, karier beliau sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah pun bermula dan meletakkan jawatan pada tahun 2015, selepas berkhidmat hampir 13 tahun dengan memegang jawatan terakhir sebagai Eksekutif Sumber Manusia, MASkargo. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor penerbangan, jabatan operasi dan juga menjelajah ke serata dunia semasa berkhidmat. Pada tahun 2015-2017, beliau dilantik sebagai lembaga pengarah dan pengurus besar di syarikat RZL Asia Travel & Services di Nilai, Negeri Sembilan. Berbekal dengan pengalaman yang ada dan mempunyai hala tuju yang jauh beliau telah menubuhkan syarikat SAMA Travel & Tours ini adalah terus mengorak langkah bagi mencapai sasaran 1,000 orang jemaah umrah pada 2019/2020 berlandaskan dengan harga yang rendah dan mampu.
Comments
Post a Comment